131 individu kuarantin wajib positif Covid-19

Shah Alam, 20 April 2020 – Officers from Sel Care run a Covid-19 screening for public at Dewan Raja Muda Musa in Shah Alam.

PETALING JAYA: Seramai 131 rakyat yang menjalani kuarantin wajib selepas pulang dari luar negara disahkan positif Covid-19, kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata sehingga kini seramai 19,945 rakyat yang pulang dari luar negara dikuarantin wajib sejak 3 Apr.

Ismail menjelaskan langkah mewajibkan individu yang pulang dari luar negara menjalani kuarantin berjaya mengekang kluster import.

“Sejak 17 Apr lalu, 6,778 individu selesai menjalani tempoh kuarantin wajib dan dibenarkan pulang,” katanya pada sidang media hari ini.

SOP selepas PKP

Sementara itu, Ismail memaklum Majlis Keselamatan Negara sedang menyiapkan tatacara operasi standard (SOP) untuk selepas perintah kawalan pergerakan (PKP) tamat.

Beliau berkata kegiatan berkumpulan seperti perhimpunan dan pertanding bola sepak masih tidak akan dibenarkan.

“Walaupun PKP ditamatkan hari ini, esok bukan kita boleh gerak bebas seperti hari sebelumnya,” katanya.