Penduduk di Surabaya degil hendak terawih berjemaah tapi batal selepas seorang pengsan

Terawih di masjid dibatalkan selepas seorang jemaah pengsan dan keadaan menjadi panik semua diarahkan pulang ke rumah dan buat ujian saringan Covid-19. (Gambar Twitter)

Umat Islam mula menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan dan amalan kebiasaan bersolat terawih secara berjemaah kini tidak lagi dapat dilakukan memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di semua negara yang dijangkiti wabak Covid-19.

Semua umat Islam perlu perlu melakukan solat terawih di rumah masing-masing.

Seperti diketahui umum penularan wabak Covid-19 di Indonesia masih lagi tidak membolehkan sebarang aktiviti keramaian diadakan dan ini termasuklah solat berjemaah di masjid ekoran peningkatan kes yang semakin banyak setiap hari.

Berbeza di Indonesia, beberapa penduduk di Masjid Kemayoran, Surabaya tetap berdegil mahu melakukan solat terawih secara berjemaah.

Bagaimanapun solat terawih terpaksa dihentikan selepas salah seorang jemaah pengsan secara tiba-tiba.

Keadaan menjadi panik dan para jemaah yang lain memilih untuk pulang ke rumah selepas kejadian itu.

Pihak polis yang tiba di masjid tersebut kemudian memanggil ambulans dan petugas kesihatan ke lokasi kejadian.

Tidak lama kemudian, mereka tiba lengkap memakai sut PPE untuk keselamatan.

Masjid tersebut kemudian ditutup dan semua yang berada di masjid diminta melakukan ujian saringan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan.

Kawasan di dalam masjid juga telah dinyah kuman dan ditutup buat sementara waktu.

Menurut saksi di masjid, mangsa baru sahaja selesai menunaikan solat Maghrib dan dilihat seperti tidak jadi mahu menyertai solat terawih yang diadakan.

Insiden mangsa yang pengsan di dalam kawasan masjid itu menyebabkan pihak berkuasa tempatan tidak lagi membenarkan solat berjemaah diadakan di masjid itu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]