2 kucing haiwan peliharaan pertama dijangkiti Covid-19 di AS

2 kucing peliharaan disahkan dijangkiti Covid-19 di Amerika Syarikat.

2 kucing disahkan positif wabak Covid-19 sekali gus menjadi haiwan peliharaan pertama dijangkiti di Amerika Syarikat (AS).

Menurut Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, kedua-dua kucing berkenaan mengalami masalah pernafasan ringan.

Pemeriksaan mendapati virus dipercayai diperoleh daripada penghuni di dalam rumah pemilik kucing atau kawasan sekitarnya.

Bagaimanapun, menurut CDC setakat ini tidak ada bukti yang menunjukkan haiwan peliharaan itu boleh menyebabkan merebaknya virus Covid-19 di AS.

Namun, CDC menyarankan supaya pemilik kucing berkenaan tidak membiarkan haiwan peliharaannya berinteraksi dengan orang ramai atau haiwan lain di luar rumah.

Sehubungan itu, kucing itu perlu berada di dalam rumah, sementara anjing yang dibawa berjalan rutin harus dipakaikan rantai dan dijaga jaraknya sejauh 2m dari orang atau haiwan lain.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, seekor harimau dijangkiti Covid-19 juga di AS dan kini 6 lagi kumpulan kucing terdiri daripada singa dan harimau turut dijangkiti wabak itu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]