Bandar Harbin, China terpaksa ‘lockdown’ semula gara-gara bawa balik virus dari New York

70 orang sah dijangkiti wabak itu manakala 4,000 yang lain menunggu untuk diuji selepas virus itu dipercayai diimport oleh seorang pelajar yang baru pulang dari New York. (Gambar AP)

Baru-baru ini, China sudah menamatkan tempoh perintah berkurung disebabkan bilangan kes positif Covid-19 di negara itu semakin menurun.

Namun menurut laporan, sebuah bandar di China iaitu bandar Harbin dikenakan arahan separa “lockdown” semula disebabkan seorang pelajar wanita yang baru sahaja pulang dari New York menjadi super spreader kepada penduduk di situ.

Pada awal bulan lalu, Harbin mengarahkan kuarantin selama 28 hari untuk mereka yang baru tiba dari luar negara manakala kuarantin 14 hari untuk yang menunjukkan simptom jangkitan Covid-19.

Bagaimanapun lebih 70 orang sah dijangkiti wabak itu manakala 4,000 yang lain menunggu untuk diuji selepas virus itu dipercayai diimport oleh seorang pelajar yang baru pulang dari New York.

Pihak berkuasa melarang segala perjumpaan beramai-ramai dan mengawal rapi penduduk di dalam bandar itu.

Pelajar berusia 22 tahun dikenali sebagai Han itu disyaki menjadi punca kepada kes jangkitan yang dilaporkan di Harbin.

Namun ada juga laporan yang mengaitkan kebanyakan kes di Harbin berpunca daripada Chen, pesakit berusia 87 tahun yang sedang dirawat di hospital.

Ini kerana Han yang menjalani ujian saringan mendapati keputusannya negative.

Malah ia dilakukan semasa Han mengasingkan diri setelah mendarat di kampung halamannya tetapi pegawai kesihatan tempatan mengatakan 2 ujian terakhirnya pada bulan April menunjukkan dia mempunyai “antibodies coronavirus” yang menunjukkan adanya jangkitan sebelum ini.

Semasa tiba di China pada 19 Mac lalu, Han melalui proses kuarantin di rumah.

Dia kemudian disahkan negatif Covid-19 pada 31 Mac selepas selesai menjalani 14 hari kuarantin.

Setelah disahkan negatif, dia dibenarkan keluar dari rumah pada 3 April oleh pihak berkuasa.

Wanita tersebut kemudian keluar makan bersama keluarganya pada 5 April malah pergi ke Shanghai dan menetap di sana selama 3 hari.

Tanpa disedari, dia sebenarnya menyebarkan virus tersebut yang masih ada pada dirinya walaupun menerima keputusan negatif daripada ujian yang dilakukan.

Virus tersebut kemudian disyaki menjangkiti Chen yang merupakan pesakit strok yang sedang dirawat di hospital.

Chen kemudiannya menjangkiti berpuluh individu yang lain tanpa sedar termasuklah 7 pekerja kesihatan memandangkan dia sedang menjalani rawatan strok.

Walaupun tidak dapat dipastikan di mana Han mendapat virus itu, pihak media tempatan melabelkan pelajar tersebut sebagai “super spreader” di China.

Setakat Ahad lalu, 60 kes diterima di Harbin di mana 21 daripadanya adalah “silent carrier” ataupun mereka yang tidak menunjukkan sebarang simptom.

Menjadikan keadaan lebih membimbangkan kerana tidak dapat dipastikan sudah berapa ramai yang dijangkiti tanpa sedar.

Menurut Harbin Center for Disease Control and Prevention, Han merupakan pelajar Master’s Degree di New York University.

Dia tiba di kampung halamannya di Harbin pada 19 Mac setelah terbang dari New York sehari sebelumnya dengan singgah di Hong Kong dan Beijing.

Dia berjumpa dengan petugas kesihatan di Harbin Taiping International Airport dan terus menjalani proses kuarantin di rumah seperti kebanyakan mereka yang baru pulang dari luar negara.

Petugas kesihatan kemudiannya menghubungi Han semula pada 10 April apabila salah seorang jirannya disahkan sebagai “silent carrier” wabak tersebut.

Hasil daripada penularan wabak itu, lebih 70 orang disahkan positif Covid-19 malah segelintir daripadanya disahkan positif sebelum menunjukkan sebarang simptom.

Dengan perintah separa “lockdown” yang dikeluarkan, para penduduk perlu menunjukkan kad status kesihatan, memakai topeng dan memeriksa suhu badan sebelum meninggalkan rumah.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]