Lantang bantah perintah berkurung Covid-19, meninggal dunia kerana virus itu

McDaniel meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19. (Gambar Facebook)

Seorang penunjuk perasaan yang menentang perintah berkurung di Amerika Syarikat (AS) meninggal dunia pada usia 60 tahun akibat jangkitan Covid-19.

John McDaniel dari Marion County di Ohio, menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital di Columbus pada Rabu selepas disahkan positif jangkitan itu 2 minggu lalu.

Pada 15 Mac lalu, dia turut mengkritik tindakan Gabenor Ohio Mike DeWine melaksanakan perintah berkurung di wilayah itu di media sosialnya.

“Jika apa yang saya dengar DeWine mengarahkan semua bar dan restoran di tutup, saya kata semua itu mengarut!

“Dia tiada kuasa untuk bertindak demikian. Jika anda paranoid untuk jatuh sakit jangan keluar rumah,” tulisnya.

Malah dalam postingnya, McDaniel turut mendakwa virus Covid-19 sebenarnya muslihat politik.

Meskipun akaun Facebooknya sudah dipadamkan tetapi postingnya itu terus tersebar di Internet, lapor MailOnline.

McDaniel menjadi penduduk pertama di kawasan Marion County yang meninggal akibat Covid-19.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]