Menarik… Ini kegunaan lain softener anda tidak tahu

Jimat, kotoran dinding boleh dibersihkan dengan menggunakan softener.

Setiap wanita pasti ada cara mereka yang tersendiri dalam menguruskan rumah bagi memastikan suami dan anak-anak sentiasa selesa dan bahagia.

Jika kita perhatikan banyak petua mengenai gaya hidup seperti mengemas dan memasak wujud daripada pengalaman para ibu.

Ini kerana mereka selalunya sering mencuba dan melakukan pelbagai eksperimen sendiri dalam menyelesaikan sesuatu masalah terutama sekali dalam hal-hal mengemas rumah.

Sama seperti petua yang diperoleh kali ini, seorang ibu berasal dari Australia mendedahkan kita boleh membersihkan kotoran dinding dengan menggunakan softener.

Selain menjimatkan, cara ini juga dikatakan berhasil dan dipercayai.

Menariknya, anda cuma perlu mencampurkan 1/4 penutup softener ke dalam baldi yang berisi air suam.

Kemudian anda boleh teruskan tugas mencuci anda dengan memberus kotoran dan lapkan dengan kain yang lembab serta ulang langkah tersebut jika perlu.

Perkara ini mungkin sedikit mengelirukan anda, kerana softener selalunya hanya digunakan sebagai pewangi pakaian sahaja.

Namun, petua ini diguna pakai oleh seorang wanita di sana dalam membersihkan pintu rumahnya yang sudah mengalami kekotoran sejak 6 tahun yang lepas.

Difahamkan, petua ini diperoleh apabila ibu yang berasal dari Australia berkenaan ada terbaca mengenai pengunaan cara ini untuk membersihkan dinding rumah mereka yang kotor dan mewangikan ruangan rumah.

Sejak itu, wanita ini terus mencuba dan menggunakan cara ini sehingga kini apabila mendapati ini adalah cara yang berkesan.

Selain softener, wanita ini juga memberitahu krim pencukur juga boleh dijadikan bahan untuk menghilangkan bau hancing dan kotoran mozek dalam tandas anda.

Anda cuma perlu meletakkan krim pencukur tersebut dikawasan yang kotor dan biarkan kira-kira 30 minit.

Kemudian ambil mop lantai serta bilas dengan air.

Elakkan daripada membiarkan tandas anda dengan krim pencukur terlalu lama, kerana ia mungkin boleh kering dan susah untuk dibilas.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]