Akhirnya Sabtu lepas, Brad Pitt jadi Dr Fauci dalam ‘Saturday Night Live’

Brad Pitt melakonkan aksi seperti Dr Fauci dalam rancangan Saturday Night Live. (Gambar Youtube)

Siapa sangka hasrat Dr. Anthony Fauci untuk melihat Brad Pitt melakonkan wataknya dalam “Saturday Night Live” menjadi kenyataan.

Hasratnya itu diluahkan ketika ditanya oleh pengacara Alisyn Camerota dalam rancangan CNN’s New Day awal bulan ini.

“Berikut beberapa cadangan yang pernah saya dengar. Ben Stiller, Brad Pitt. Mana satu?” soal Camerota.

Sambil ketawa Fauci menjawab, “Sudah tentu Brad Pitt.”

Sabtu lepas, impian Fauci menjadi kenyataan apabila Brad Pitt muncul sebagai pembuka rancangan “Saturday Night Live” yang dilakukan daripada rumahnya sendiri tanpa pergi ke studio ekoran penjarakkan sosial yang perlu diamalkan semua orang kerana wabak Covid-19.

“Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua wanita di Amerika yang menghantar email sebagai tanda sokongan, memberi inspirasi dan ada kalanya berbentuk grafik,” kata Pitt yang melagakkan aksi seperti Fauci.

Pitt kemudian menjelaskan ada banyak salah faham maklumat mengenai koronavirus, dan “ya, Presiden mengambil beberapa pendekatan berbeza daripada garis panduan kami.”

Dia kemudian cuba menjelaskan apa yang cuba disampaikan oleh Presiden Donald Trump.

“Dan ingat, mari kita semua berfikiran terbuka,” kata Pitt lagi.

Sketsa itu kemudian diteruskan dengan menunjukkan klip video Trump bercakap mengenai Covid-19.

Klip pertama menunjukkan Trump mengatakan negara itu akan mendapat vaksin “tidak lama lagi.”

“Tidak lama lagi ungkapan yang menarik. Jika dilihat dan dikaitkan apa yang berlaku seluruh dunia ketika ini? Sudah pasti, vaksin akan dapat dihasilkan dengan sangat cepat,” sambung Pitt sejurus selepas habis klip itu.

“Tetapi jika anda ingin memberitahu seorang kawan, ‘Saya akan segera berakhir’ dan kemudian muncul kembali selepas satu setengah tahun kemudian, baiklah, rakan anda itu mungkin terganggu.”

Klip seterusnya menunjukkan Trump mengatakan virus itu akan hilang seperti satu keajaiban.

“Keajaiban akan menjadi hebat! Siapa yang tidak suka kepada keajaiban? Tetapi keajaiban tidak semestinya Plan A.

“Malah (Kapten Chesley” Sully “Sullenberger) cuba mendarat di lapangan terbang terlebih dahulu,” kata Pitt lagi.

Dia kemudian mengatakan kecuali jika dia dipecat, dia akan berada di sana untuk menyampaikan fakta kepada sesiapa yang mendengar.

“Apabila saya dengar kononnya virus dapat disembuhkan jika semua orang lakukan cabaran ‘Tide Pod’, saya akan berada di sana sambil berkata, ‘tolong jangan’,” tambah Pitt.

Selepas itu, Pitt terus menanggalkan rambut palsu dan cermin matanya dan menyampaikan pesanan serius kepada semua yang sedang menonton di rumah.

“Kepada Dr. Fauci yang sebenar, terima kasih atas ketenangan dan penjelasan anda disaat waktu yang sukar ini.

“Dan terima kasih kepada semua pekerja perubatan, frontliner dan keluarga mereka kerana berada di barisan depan.”

“Dan sekarang, secara langsung, dari seluruh Amerika, ini rancangan Saturday Night Live.”

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]