Cadang pakai kostum ‘malaikat maut’ di pantai Florida supaya orang duduk rumah

Peguam bercadang memakai kostum ‘Grim Reaper’ supaya dapat halang warga AS berkunjung ke pantai Florida. (Gambar Twitter)

Jika di Malaysia kita ada “hantu santa claus” manakala di Indonesia ada “pocong jadian” untuk menakutkan orang ramai daripada keluar rumah berikutan penularan wabak Covid-19.

Sementara di Amerika Syarikat (AS) pula, Grim Reaper atau “malaikat maut” digunakan untuk menakutkan rakyat di sana supaya kekal berada di rumah.

Seorang peguam yang dikenali sebagai Daniel Uhlfelder bercadang untuk pakai kostum “malaikat maut” untuk memberi amaran kepada rakyat AS supaya tidak menyerbu pantai Florida selagi wabak Covid-19 masih di tahap yang merbahaya.

Komen di posting Twitternya kebanyakan bertanya sama ada dia bersedia atau tidak untuk memakai kostum itu mengelilingi kawasan Florida dan pantainya. (Gambar Twitter)

Perkara itu dikongsikan melalui akaun Twitter miliknya dimana ramai orang bertanya sama ada dia bersedia atau tidak untuk memakai kostum itu mengelilingi kawasan Florida dan pantainya.

Dia bercadang untuk menjelajah pantai di Florida bermula 1 Mei ini untuk memberi amaran kepada rakyat AS tentang bahayanya jika berkumpul beramai-ramai.

Sehingga kini AS mencatatkan kes tertinggi di dunia mengenai wabak Covid-19 dengan catatan 886,709 kes dan 50,243 kes kematian.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]