Langgar perintah berkurung, polis India heret masuk ambulans bawa pesakit Covid-19

Anggota polis India menahan penunggang motosikal di pusat pemeriksaan semasa di Mumbai, India kerana langgar perintah berkurung. (Gambar AP)

Masalah individu degil dan enggan patuh pada perintah berkurung berlaku di hampir kebanyakan negara di seluruh dunia.

Ketika ramai yang sanggup tak keluar rumah bimbang dijangkiti wabak maut Covid-19, ada juga segelintir yang memandang remeh ancaman tersebut.

Sebagai contoh di India, pihak berkuasa negara itu sebelum ini terpaksa menggunakan kaedah kasar untuk memberi pengajaran kepada orang ramai agar patuh kepada perintah “lockdown”.

Bagaimanapun memandangkan masih ada yang tidak faham bahasa dan melanggar arahan, pihak berkuasa India terpaksa menggunakan taktik lain pula.

Polis heret mereka yang langgar perintah berkurung ke dalam ambulans yang kononnya membawa pesakit Covid-19. (Gambar Twitter)

Rakaman video yang dimuatnaik di laman Twitter menunjukkan sekumpulan polis mengheret masuk beberapa individu yang ingkar ke dalam sebuah ambulans yang sedang membawa pesakit Covid-19 di dalamnya.

Terus menggelabah semua yang kena kurung dalam ambulans tersebut.

Namun difahamkan polis hanya menggunakan pesakit palsu bertujuan untuk menakut-nakutkan orang ramai supaya tidak keluar tanpa sebarang tujuan ketika tempoh perintah berkurung.

Bagi pihak berkuasa India, selepas nasihat diberikan malah kekerasan digunakan namun rakyatnya masih melanggar arahan itu mungkin ini sahaja cara yang boleh menyedarkan rakyatnya tentang pentingnya untuk mematuhi perintah berkurung di saat Covid-19 meragut ribuan nyawa di seluruh dunia.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]