Berita baik… WhatsApp bakal perkenalkan fungsi panggilan suara dan video sehingga 8 orang

Fungsi video call sudah ada di WhatsApp namun cuma dihadkan kepada 4 orang namun kini ia bakal ditawarkan untuk penggunaan sehingga 8 orang.

Sejak musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan “lockdown” dijalankan, semakin ramai yang selesa menggunakan servis panggilan video sama ada untuk bekerja, belajar atau berhubung bersama yang tercinta.

Nampaknya WhatsApp juga tidak mahu melepaskan peluang ini dengan memperkenalkan satu lagi fungsi terbaru pada aplikasi mereka dengan membolehkan para pengguna membuat panggilan suara dan video sehingga 8 orang secara serentak.

Untuk pengetahuan, fungsi ini sudah tersedia di WhatsApp sebelum ini namun ia dihadkan kepada 4 orang.

Penawaran pengguna sehingga 8 orang pastinya membuatkan pengalaman membuat panggilan video semakin rancak.

Buat mereka yang skeptikal dengan sistem sekuriti Zoom, penggunaan WhatsApp mungkin antara alternatif yang boleh dicuba memandangkan aplikasi ini menawarkan sistem sekuriti yang lebih baik sekaligus mengelakkan perbualan anda diceroboh pihak ketiga.

Fungsi terbaru daripada WhatsApp ini bakal ditawarkan buat semua pengguna tidak lama lagi.

Bolehlah anda gunakan fungsi ini buat untuk “beraya” bersama keluarga khususnya buat mereka yang tidak dapat pulang ke kampung pada tahun ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]