Remaja nyaris maut kerana keliru dengan simptom asma dan Covid-19

Sekiranya mengalami sesak nafas, segera ke pusat kecemasan memandangkan wabak Covid-19 berkaitan dengan sistem pernafasan.

Oleh sebab asma dan jangkitan Covid-19 mempengaruhi fungsi sistem pernafasan manusia, kita mudah keliru akan kedua-duanya.

Begitu juga keadaannya dengan seorang remaja dari Ireland, Brandon Fay yang mengalami masalah sesak nafas.

Oleh sebab dia mempunyai penyakit kronik asma, diagnosis tersebut berlegar-legar di benak fikirannya.

Tidak disangka rupanya, simptom tersebut disebabkan oleh Covid-19.

Masih tiada bukti yang jelas menunjukkan pesakit asma lebih berisiko mengalami simptom Covid-19 teruk.

Namun, Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) menyenaraikan mereka sebagai golongan berisiko.

Simptom asma tidak boleh dijadikan tanda aras penyakit asma

Mungkin ramai yang tahu perihal bahaya membuat tanggapan sendiri apabila ia berkaitan dengan diagnosis penyakit.

Pemeriksaan oleh pegawai kesihatan penting bagi memastikan diagnosis tepat dapat dikenal pasti dan dirawat.

Perkara yang sama turut boleh berlaku pada pesakit asma.

Pada situasi wabak virus pernafasan, seperti sekarang, sekiranya seseorang itu mengalami sesak nafas, lebih baik untuk bergegas ke pusat kecemasan.

Apa yang kita tahu berkenaan dengan Covid-19, ia tidak mengenal usia, penyakit kronik mahupun latar belakang seseorang.

Simptom yang dialami oleh mereka yang dijangkiti boleh menyerupai jangkitan virus lain atau penyakit kronik sistem pernafasan.

Oleh itu, jika ragu, anda digalakkan untuk menelefon talian hotline dan menuruti nasihat operator telefon.

Tiada satu simptom pun yang spesifik merujuk kepada Covid-19.

Oleh sebab ia mudah berjangkit dan sebahagian kecil boleh alami simptom teruk, isolasi segera penting bagi mengelakkan penularan wabak.

Bergegas dikejarkan ke hospital selepas alami “simptom asma”

Apabila Brandon mengalami masalah sesak nafas, disangkakan hanya masalah asma biasa.

Pada keesokan harinya, dia menghadirkan diri ke temujanji rutin.

Ketika pemeriksaan kesihatan sedang berlangsung, Brandon batuk berkali-kali.

Konsultan yang memeriksa Brandon mengesyaki dia dijangkiti oleh Covid-19.

Setelah melakukan ujian, Brandon akhirnya dimasukkan ke dalam wad pemerhatian memandangkan dia mempunyai masalah kronik asma.

Sepanjang berada di hospital, dia kerap mengalami simptom sesak nafas dan kurang selera makan.

Disangkakan itu merupakan saat terakhir baginya.

Bagaimanapun, keadaan Brandon bertambah baik dan dia ditempatkan di dalam wad yang turut dihuni oleh pesakit Covid-19.

Sesiapa pun akan cemas apabila diletakkan di dalam situasi sebegitu.

Brandon hanya mengetahui wad tersebut menempatkan pesakit Covid-19 lain. Oleh sebab ia merupakan virus yang agresif, sudah tentu dia panik.

Namun, kakitangan hospital menenangkannya.

Jangan buat tanggapan sendiri, periksa jika anda alami simptom asma

Siapa tahu? Simptom Brandon boleh menjadi bertambah teruk sekiranya dia tidak dimasukkan ke dalam hospital.

Pengalaman yang mengerikan baginya itu telah memberikan pengajaran yang berharga.

Jangan buat anggapan sendiri. Brandon tidak tahu bagaimana dia boleh dijangkiti oleh virus tersebut.

Namun, seperti apa yang ditunjukkan dalam kajian Covid-19, kebanyakan individu yang dijangkiti tidak menunjukkan simptom.

Dalam masa yang sama, mereka boleh menyebarkannya!

Jika anda mengalami simptom asma sepanjang musim wabak, hubungi talian kecemasan Covid-19 untuk tindakan seterusnya.

Artikel ini diterbitkan di hellodoktor.com dan disemak Dr Duyen Le. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]