Wakil rakyat Kuantan dituduh esok berkait dakwaan kesesakan di CIQ

Fuziah Salleh.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh akan dituduh esok berkait dakwaan kesesakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru.

Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu akan dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Pemimpin PKR itu dikatakan membuat kenyataan yang membawa kepada tuduhan terhadapnya di Facebook.

Sebelum ini, polis memberitahu media kes disiasat bawah Seksyen 500 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu berkenaan kenyataan yang mendatangkan khianat awam dan kenyataan yang mungkin menyebabkan kegentaran kepada awam.

Pemimpin PKR itu juga disiasat bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.