85 daerah disenarai zon hijau Covid-19

Daerah yang mencatatkan lebih 40 kes positif Covid-19 akan diklasifikasikan sebagai zon merah.

PETALING JAYA: Sebanyak 85 daerah berada dalam senarai zon hijau Covid-19 kerana tiada kes aktif, termasuk Kota Bahru dan Hilir Perak yang sebelum ini diisytiharkan zon merah.

Zon merah ialah daerah yang mencatatkan lebih 40 kes positif. Kota Bahru di Kelantan merekodkan 90 kes, manakala Hilir Perak di Perak mempunyai 65 kes.

Bagaimanapun, infografik Kementerian Kesihatan hari ini menunjukkan tiada lagi kes aktif di 2 daerah itu.

Masih ada 12 daerah yang diklasifikasikan zon merah:

Kepong, Lembah Pantai dan Titiwangsa (Kuala Lumpur)

Petaling dan Hulu Langat (Selangor)

Johor Bahru dan Kluang (Johor)

Kuching dan Kota Samarahan (Sarawak)

Melaka Tengah (Melaka)

Seremban (Negeri Sembilan)

Kuantan (Pahang)

Sebanyak 100 kematian dan 5,851 kes positif Covid-19 direkodkan di seluruh negara setakat ini. Seramai 4,032 pesakit sudah pulih, manakala 1,719 masih menerima rawatan.