Fuziah mengaku tak bersalah buat kenyataan boleh sebabkan kegentaran awam

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, iaitu membuat kenyataan yang mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada awam.

Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Baru pagi tadi berhubung dakwaan kesesakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru.

Pemimpin PKR itu dikatakan membuat kenyataan yang membawa kepada tuduhan terhadapnya di Facebook.

Peguamnya, Hassan Abdul Karim memberitahu FMT anak guamnya dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000.

Tarikh pengurusan kes seterusnya ditetapkan pada 16 Jun.