Gambar kubur ratusan pesakit Covid-19 di Brazil viral, masih ramai belum sempat dikebumi

Bandar Manaus tidak ubah seperti ‘babak filem seram’ kerana masih banyak mayat belum sempat dikebumikan. (Gambar Twitter)

Gambar lokasi pesakit Covid-19 di Manaus, Brazil belum sempat dikebumikan viral di media sosial hingga mendapat perhatian ramai.

Bandar itu kini suram dan “ngeri” kerana pandemik Covid-19 yang melanda apatah lagi Manaus merupakan bandar paling banyak mencatat kes positif.

Namun Presiden Brazil, Jair Bolsonaro sendiri membantah perintah “lockdown” dan sertai perhimpunan protes baru-baru ini.

Sehingga kini meskipun kes melebihi 63,000 dengan kematian mencecah 4,200 Bolsonaro tetap menganggap pandemik ini sekadar “selsema”.

Menurut laporan Metro.co.uk Datuk Bandar Manaus, Virgilio Neto Manaus kini secara realitinya kelihatan seperti “babak filem seram”.

Masih banyak pesakit Covid-19 yang mati belum sempat dikebumikan dan bertimbun di dalam trak sejuk beku (pengganti rumah mayat).

Dengan angka kematian naik mendadak kepada lebih 100 menyebabkan bandar itu tidak lagi dianggap berada pada tahap kecemasan tetapi di tahap kemusnahan. (Gambar Twitter)

Dengan angka kematian naik mendadak daripada 20 hingga 30 kematian sehari kepada lebih 100 kematian menyebabkan bandar itu tidak lagi dianggap berada pada tahap kecemasan tetapi sudah di tahap kemusnahan.

Pekerja yang ditugaskan mengebumikan di tanah perkuburan bernama Parque Taruma berkata, mereka bekerja setiap hari untuk menggali lubang dan tidak lebih daripada 5 orang ahli keluarga boleh hadir untuk beri penghormatan terakhir.

“Kami bekerja keras untuk kebumikan orang. Ada penggali kubur yang jatuh sakit dan dijangkiti Covid-19. Malah ada juga yang mati selepas dijangkiti.”

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]