KWSP bukan lagi pemegang saham utama Media Prima

Media Prima Bhd memiliki antaranya, TV3.

PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berhenti daripada menjadi pemegang saham utama dalam Media Prima Bhd, yang memiliki TV3 dan Kumpulan NSTP.

Ia susulan penjualan 17.6 juta saham syarikat media itu pada 23 April.

Menurut laman web Bursa Malaysia, dana persaraan itu memiliki 11.6% kepentingan dalam Media Prima pada 8 April 2020 dengan lebih 129 juta saham.

Bagaimanapun, KWSP menjual berjuta-juta saham sejak itu.

Pada 22 April, sebelum penjualan saham terbarunya, KWSP melupuskan 9 juta saham, meninggalkannya 5.21% kepentingan dalam Media Prima.