Nigeria catat kes tertinggi Covid-19 dalam sehari sejak Februari

Nigeria melaporkan 44 kematian akibat Covid-19 dan 225 pesakit pulih.

ABUJA: Nigeria pada Selasa mengesahkan 195 kes baru Covid-19 yang dilaporkan dalam sehari, peningkatan tertinggi sejak kes pertama dikesan di negara ini pada akhir Februari, lapor agensi berita Xinhua.

Sehingga 11.50 malam waktu tempatan (1050 GMT) pada Selasa, negara itu melaporkan sejumlah 1,532 kes, kata Pusat Kawalan Penyakit Nigeria (NCDC).

Sementara itu, 44 kematian dan 225 pesakit pulih dilaporkan setakat ini.

Kes baru dilaporkan di wilayah Federal Capital Territory (FCT) dan 14 negeri. Pandemik Covid-19 setakat ini menular ke FCT dan 33 negeri di Nigeria.

Lagos, hab ekonomi negara, paling teruk terjejas mencatatkan 80 kes baru, menjadikan jumlah keseluruhan 844, menurut NCDC.

FCT, tempat letaknya ibu kota Abuja mencatatkan kes ke-2 paling tinggi iaitu 158 kes diikuti negeri Kano dengan 115 kes.

caption: (gambar covid)
Nigeria melaporkan 44 kematian akibat Covid-19 dan 225 pesakit pulih.