Shah Rukh Khan dedah pernah hasut Aamir Khan, Kajol bukan pelakon hebat

Shah Rukh Khan dan Aamir Khan sememangnya rapat dari dulu dan sering menasihati satu sama lain. (Gambar Instagram)

Pelakon terkenal Shah Rukh Khan mendedahkan dia pernah memberi amaran kepada pelakon Aamir Khan untuk tidak bekerjasama dengan aktres Kajol yang dianggap seorang yang mudah hilang fokus.

Menerusi laporan Hindustantimes, Shah Rukh bagaimanapun mengakui kesilapannya dan menjelaskan kepada Aamir, Kajol sebenarnya seorang pelakon yang sangat hebat.

“Bila saya bekerjasama dengan Kajol dalam filem Baazigar, Aamir Khan pernah bertanyakan kepada saya mengenai Kajol sebab dia mahu bekerjasama dengan Kajol.

“Saya ada mesej Aamir mengatakan yang Kajol seorang yang tidak fokus dan dia tidak akan mudah bekerjasama dengan Kajol. Tapi selepas melihat kehebatan lakonannya, saya terus hubungi Aamir.

Shah Rukh dan Kajol mula meletop menerusi filem Dilwale Dulhania Le Jayenge dan gandingan terakhir pada 2015 dalam filem Dilwale. (Gambar Instagram)

“Untuk menjelaskan salah faham, saya beritahu Aamir yang Kajol seorang yang hebat dalam lakonan,” katanya.

Filem Baazigar yang ditayangkan pada 1993 itu merupakan gandingan pertama Shah Rukh Khan dan Kajol.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]