Thailand lapor 9 kes baru Covid-19, tiada kematian

Pekerja memakai topeng pelindung ketika keluar bekerja di Bangkok, bulan lalu. (Gambar AP)

BANGKOK: Thailand melaporkan 9 jangkitan baru Covid-19 tanpa kematian pada Rabu, menjadikan jumlahnya 2,947 kes dan 54 kematian sejak penularan itu bermula pada Januari.

Ini adalah hari ke-3 jangkitan baru kekal 1 digit, kata Taweesin Wisanuyothin, jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19.

Enam daripada kes baru dikaitkan dengan kes sebelum ini, 2 mempunyai kaitan yang tidak diketahui, dan kes ke-9 melibatkan pesakit yang diuji positif tetapi menunggu jangkitan dikesan, katanya.

Sejak penularan bermula, 2,665 pesakit di negara Asia Tenggara itu pulih dan dibenarkan pulang.