Masih tak serik sanggup panjat pagar masjid semata hendak solat terawih berjemaah!

Bukan sahaja lelaki bahkan wanita juga sanggup panjat pagar masjid semata-mata hendak solat terawih berjemaah. (Gambar YouTube)

Setiap kali bulan Ramadan sudah pasti umat Islam akan menunaikan solat terawih.

Dan seperti tahun sebelum ini, solat terawih akan dibuat secara berjemaah di masjid, namun berikutan wabak Covid-19 solat terawih berjemaah di masjid tidak digalakkan bagi mengelak penularan wabak ini.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk menunaikan ibadah tersebut di rumah bersama keluarga.

Bagaimanapun apa yang berlaku di Parepare, Indonesia ternyata mengejutkan.

Penduduk di sana tetap berdegil hendak juga pergi ke masjid untuk solat terawih secara berjemaah.

Apa yang lebih mengejutkan mereka sanggup memanjat pagar masjid supaya dapat masuk untuk solat di dalam, seperti dilaporkan CNN Indonesia.

Meskipun menyedari bahayanya Covid-19 namun perkara itu tetap tidak diendahkan oleh masyarakat di situ.

Bukan sahaja jemaah lelaki yang panjat pagar untuk masuk ke dalam masjid malah jemaah perempuan juga turut ikut sama.

Tidak dinafikan pihak masjid sentiasa mengingatkan supaya jemaah beribadah di rumah sehingga pandemik ini berakhir.

Bagaimanapun, pihak masjid tetap membuat inisiatif dengan menyediakan topeng kepada jemaah yang tidak memiliknya, periksa suhu badan sebelum masuk ke masjid dan menyediakan bilik pembasmian kuman untuk jemaah.

Pergerakan ini dijaga oleh pihak berkuasa dan akhirnya para jemaah hanya solat Isyak di masjid.

Manakala untuk solat terawih mereka diarahkan pulang dan melakukannya di rumah.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]