Jaga jarak selamat, polis guna alat khas gari pesalah Covid-19 di India!

Jaga jarak selamat, polis guna alat khas gari pesalah covid-19. (Gambar Twitter)

Bagi memastikan jarak selamat antara pihak berkuasa dengan pesalah laku, pegawai polis di Chandigarh, India menggunakan alat memerangi jenayah yang lebih selamat, iaitu satu set batang besi berukuran 5 kaki yang lengkap dengan alat kunci penangkap.

Menerusi satu demo video, seorang polis menggunakan alat tersebut pada seorang sukarelawan, dengan mengunci hujung bulat di pinggangnya dan memanjangkan tiang untuk menjaga jarak yang selamat.

“Peralatan yang hebat, latihan yang hebat!!!” kata Ketua Polis Negara India pada laman Twitternya.

Alat khas gari pesalah covid-19 mendapat pujian orang ramai. (Gambar Twitter)

Dia turut memuji “Ini cara unik untuk menangani suspek korona yang tidak bekerjasama dan mereka yang langgar perintah berkurung.”

Demo alatan ini dipuji secara meluas, namun ada juga yang mengkritik tindakan itu sebagai melanggar maruah dan hak asasi manusia.

Ini bukan kali pertama polis India memperkenalkan kaedah pencegahan yang pelik kerana sebelum ini pernah juga tular beberapa tindakan pihak berkuasa mereka seperti menulis permohonan maaf sebanyak 500 kali, dan meletakkan pesalah bersama dalam ambulans yang mempunyai pesakit korona.

Chandigarh, ibu kota Haryana dan Punjab, diisytiharkan sebagai zon penahanan dengan perintah berkurung yang ketat terhadap kota itu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]