Senarai aktiviti dilarang dalam SOP pembukaan semula ekonomi

Kedai gunting rambut dan salun kecantikan antara aktiviti yang dilarang dalam SOP pembukaan semula ekonomi versi 1 Mei.

PETALING JAYA: Kerajaan hari ini mengisytiharkan hampir semua sektor ekonomi, kegiatan perniagaan dan sosial akan dibenarkan dengan bersyarat mengikut perintah kawalan pergerakan bersyarat atau PKPB.

Berikut senarai aktiviti yang dilarang dalam tatacara operasi standard pembukaan semula ekonomi versi 1 Mei:

1. Hiburan dan riadah
– Panggung wayang
– Pusat karaoke
– Taman tema
– Muzium
– Busking
– Pusat refleksologi
– Pusat hiburan
– Kelab malam

2. Perayaan, perarakan dan perhimpunan
– Perarakan keagamaan
– Aktiviti agama berjemaah di masjid/rumah ibadat
– Sambutan hari ulang tahun pasukan-pasukan keselamatan (perarakan)
– Sambutan hari raya kecuali dengan ahli keluarga terdekat
– Perhimpunan bulanan jabatan kerajaan dan swasta
– Majlis perasmian

3. Persidangan dan pameran
– Pameran kerjaya
– Pameran perkahwinan
– Promosi dan pakej pelancongan
– Karnival jualan
– Semua jenis persidangan yang melibatkan kumpulan yang ramai

4. Pendidikan
– Semua sekolah (rendah/menengah) dan institusi pengajian tinggi awam/swasta kekal ditutup sehingga dimaklumkan kelak
– Sukan semasa sesi persekolahan
– Aktiviti kokurikulum bersemuka
– Sebarang bentuk perhimpunan sekolah
– Sebarang bentuk majlis atau program yang mengumpulkan lebih daripada 10 orang

5. Sukan
– Pertandingan sukan yang melibatkan perhimpunan penyokong/penonton yang ramai (stadium)
– Acara berkumpulan di luar (luar bangunan) yang melebihi 10 orang contoh larian, kayuhan basikal, konvoi motosikal dan sebagainya
– Segala aktiviti sukan dalaman (sukan dalam bangunan termasuk gimnasium)
– Kolam renang
– Sukan bersentuhan (contact sports) contoh ragbi, gusti, boxing, bola sepak, dan bola keranjang

6. Aktiviti sosial
– Kenduri-kendara
– Majlis berbuka puasa
– Majlis perkahwinan dan sambutan ulang tahun atau sebagainya
– Rumah terbuka
– Majlis-majlis sosial, kemasyarakatan & budaya (iaitu ceramah, gotong-royong, lawatan dan seumpamanya)

7. Pengangkutan
– Kapal persiaran

8. Perniagaan berpremis/penjajaan tanpa premis/pasar berbangunan/pasar tanpa premis/peruncitan/serbaneka makanan & minuman
– Bilangan pelanggan yang terlalu ramai pada satu-satu masa (tertakluk kepada pengiraan radius jarak minimum 1m)
– Bazar Ramadan
– Bazar hari raya
– Karnival jualan

9. Kemudahan penginapan berpusat pekerja (CLQ)/hostel/asrama pekerja di sektor pembuatan dan lain-lain sektor
– Terima pelawat
– Bersosial dan bersukan secara berkumpulan
– Solat berjemaah/aktiviti-aktiviti ibadah lain

10. Pemasangan dan penyenggaraan jentera (lif, eskalator, dandang dan lain-lain) bagi sektor perkhidmatan/”tower crane” di tapak bina
– Menjalankan kerja secara berkumpulan lebih dari 10 orang

11. Kedai pakaian dan aksesori fesyen
– Aktiviti “fitting” pakaian

12. Dobi (khusus dobi layan diri)
– Aktiviti melipat pakaian

13. Ceramah/seminar/kursus/Latihan secara bersemuka

14. Aktiviti pensijilan bagi agrikomoditi

15. Kedai gunting rambut dan salun kecantikan

16. Perbankan dan perkhidmatan kewangan
– Urus niaga mendapatkan jualan (“sales and marketing activities”) di luar premis institusi kewangan, atau kawasan awam, tidak dibenarkan buat masa ini sehingga diumumkan kelak

17. Pengurusan perhutanan
– Ekopelancongan hutan
– Latihan perhutanan

18. Perlombongan dan pengkuarian
– Permohonan baru bagi peperiksaan teori & amali pembedil (peletupan)

19. Perladangan dan pertanian
– Hari bertemu pelanggan
– Hari jualan barang bekalan ladang (BBL)
– Pesta makan buah-buahan
– Kursus/seminar
– Konvokesyen institut pertanian
– Lelongan jualan produk ternakan seperti ayam, telur, daging dan sebagainya

20. Perikanan
– Aktiviti perikanan rekreasi (termasuk kolam pancing ikan/udang komersial)
– Pusat taman laut, pameran, dan akuarium

21. Seni kreatif
– Penggambaran filem/drama/dokumentari/komersial
– Acara/konsert/persembahan kebudayaan
– Program yang melibatkan orang awam di studio atau tempat awam

22. Kebudayaan dan kesenian
– Pameran yang melibatkan interaksi antara pekarya dan pelawat

23. Pelancongan dan perhotelan
– Penggunaan fasiliti hotel seperti surau, gimnasium, spa, sauna, “lounge”, kolam renang, bilik mesyuarat, dewan seminar, bilik latihan, restoran dan kafe (bagi tujuan “buffet”)