Berpuluh mayat mangsa Covid-19 di New York ditemui terbiar dalam lori

Mayat mangsa Covid-19 di Brooklyn dibiarkan dalam lori tanpa penghawa dingin sehingga mengeluarkan bau busuk. (Gambar AP)

Pihak polis menemukan puluhan mayat yang dibiarkan di dalam lori tanpa pendingin di luar rumah mayat di Brooklyn.

Menurut laporan New York Times puluhan mayat itu turut dibaringkan di atas lantai di sebuah premis.

Antara 40 hingga 60 mayat dikumpulkan di dalam lori di luar Andrew Cleckley Funeral Services di Flatlands, malah ada daripada mayat tersebut juga yang dibiarkan di atas lantai bangunan setelah penduduk sekitar melaporkan bau busuk.

Menurut sumber mayat-mayat itu dikumpulkan di atas satu sama lain menyebabkan cairan yang keluar daripada dalam pembungkus mayat mengeluarkan bau yang tidak sedap.

Sehubungan itu penduduk di sekitar kawasan terbabit terpaksa memanggil polis.

Seorang pemilik salah sebuah kedai di sana, John DiPietro memberitahu mayat tersebut disimpan di dalam trak itu sekurang-kurangnya sudah beberapa minggu sejak Covid-19 menyerang AS.

“Anda tidak menghormati orang mati dengan cara itu. Mungkin ayah saya, saudara saya.”

“Anda tidak sepatutnya melakukan hal itu kepada orang mati.”

Menurut rumah mayat itu, ia sepatutnya dihantar ke tempat membakar mayat, tetapi tidak dibawa.

Dan penyimpanan mayat di dalam trak setelah peti sejuk milik rumah mayat tidak berfungsi dengan baik, kata seorang pegawai kepada New York Times.

“Di satu sisi manusia mati akibat virus Covid-19, di sisi lain manusia yang mati diperlakukan tidak berperikemanusiaan.”

Untuk rekod, Amerika Syarikat mencatatkan lebih 1 juta pesakit Covid-19, manakala 60,000 kematian telah dicatatkan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]