Kota Samarahan kini zon kuning selepas kes aktif berkurangan

Terdapat 9 daerah yang dikategorikan sebagai zon merah Covid-19 setakat ini. Sesebuah daerah diisytiharkan zon merah apabila ia mencatatkan lebih 40 kes aktif.

PETALING JAYA: Daerah Kota Samarahan di Sarawak menjadi zon kuning selepas merekodkan penurunan 3 kes aktif.

Infografik Kementerian Kesihatan hari ini menunjukkan daerah itu masih mempunyai 36 kes aktif berbanding 39 yang dicatatkan semalam.

Ini menjadikan Kuching ialah satu-satunya zon merah di negeri itu dengan 85 kes aktif.

Sesebuah daerah diisytiharkan zon merah apabila ia mencatatkan lebih 40 kes aktif.

Zon merah aktif yang lain di seluruh negara ialah:

Petaling dan Gombak (Selangor)
Batu, Ibu Kota, Kampung Baru dan Sri Petaling (Kuala Lumpur)
Kluang (Johor)
Kuching (Sarawak)
Rembau (Negeri Sembilan)

Dua daerah di Kuala Lumpur, iaitu Ibu Kota dan Batu, merekodkan kes aktif tertinggi dengan masing-masing 147 dan 102 kes.

Setakat ini, 108 kematian dan 6,656 kes positif Covid-19 direkodkan di seluruh negara, manakala 5,025 pesakit sudah pulih serta 1,523 masih menerima rawatan.