Lesen pemuda digantung, kereta disita selepas pecut lebih 300 kmsj
Lelaki berusia 19 tahun itu memandu pada kelajuan 308 kmsj.
MONTREAL: Seorang lelaki berusia 19 tahun didakwa memandu secara berbahaya dengan memecut pada kelajuan “luar biasa” di sebuah lebuh raya Ontario, kata polis Kanada pada Ahad.
“Ini ialah kelajuan terpantas yang saya pernah dengar,” kata pegawai polis wilayah Ontario, Kerry Schmidt dalam satu rakaman video yang dimuat naik ke Twitter.
“Kelajuan luar biasa, kita bercakap tentang 308 kmsj.”
Pemandu itu, yang ditemani seorang lagi lelaki sebaya, memandu Mercedes bapanya pada lewat malam Sabtu lalu di Lebuhraya Ratu Elizabeth.
Lesen memandunya segera digantung dan kenderaan itu disita selama 7 hari.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
“Ini benar-benar mengejutkan untuk sesiapa saja memandu selaju ini,” kata Schmidt sambil menambah pemandu lain membunyikan hon bagi menyuarakan kepuasan mereka ketika polis memberhentikan kereta dipandu pemuda itu.