Sabah sasar jadi pembekal utama sayuran, buahan

Seorang pekerja memuat sayur untuk dieksport ke dalam lori di Kundasang.

KOTA KINABALU: Pihak berkuasa Sabah sedang merangka pelan supaya negeri itu menjadi pembekal utama sayur-sayuran dan buah-buahan akibat operasi perniagaan ditutup sejak 18 Mac, menyebabkan 1,800 tan sayur-sayuran dihantar ke Sarawak dan Brunei.

Pelan juga sedang dirangka untuk mengeksport kubis dan buah-buahan ke pasar di Kuala Lumpur.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Junz Wong berkata lambakan sayur-sayuran dan buah-buahan berlaku akibat kemerosotan penggunaan domestik secara tiba-tiba.

Wong mengakui lambakan hasil berlaku kerana gangguan pengedaran disebabkan salah faham antara pihak berkuasa dan pengangkut. Ramai pengangkut tidak menyedari mereka dianggap sebagai perkhidmatan penting. Larangan perjalanan antara daerah menyebabkan lambakan bekalan, terutama di kawasan seperti Kundasang, Ranau, kira-kira 92km dari sini.

Kundasang menghasilkan lebih 30% bekalan sayur-sayuran di Sabah. Beliau berkata 35,000kg kobis akan dihantar ke Kuala Lumpur dari Kundasang, dan 3 tan limau bali dan 1 tan tembikai dari Tawau.

Junz Wong memeriksa bekalan kubis di Kundasang.

Junz berkata operasi perniagaan yang terpaksa dihentikan akibat krisis Covid-19 menyebabkan pengunaan biasa merosot 40% berikutan restoran, sekolah dan pusat pelancongan ditutup.

“Bekalan telur, ayam, daging, susu segar dan produk tenusu lain juga berlebihan berikutan pengurangan penggunaannya,” kata Wong.

Pada waktu biasa, Sabah menghasilkan lebih 3,600 tan sayur-sayuran dan buah-buahan sebulan: penggunaan domestik hanya 2,800 tan sebulan.

Sabah turut menghasilkan 2.6 juta telur ayam setiap hari, 2.8 juta tan daging ayam segar dan 800,000 liter susu setiap bulan tetapi bekalannya hanya cukup untuk memenuhi keperluan domestik.

Wong berkata kementeriannya sedang merangka pelan untuk menjadikan negeri itu menjadi pembekal sayur-sayuran dan buah-buahan utama. Aplikasi telefon pintar untuk perkhidmatan penghantaran ke rumah sedang dibangunkan, katanya.

Beliau berkata Ketua Menteri Shafie Apdal akan mengumumkan perjanjian baru pertanian pada 12 Mei.