23 Adun tandatangan SD hilang keyakinan terhadap Mukhriz, dakwa ketua pembangkang

Ketua Pembangkang Kedah, Muhamad Sanusi Md Nor bersama penyokong di ibu pejabat PAS di Kota Sarang Semut, Alor Setar.

ALOR SETAR: Ketua Pembangkang Kedah, Sanusi Md Nor mendakwa 23 Adun menandatangani akuan berkanun menyatakan hilang keyakinan terhadap Menteri Besar Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata akuan mereka itu sudah diserahkan kepada setiausaha kerajaan negeri. Ia kemudian akan diserah kepada Istana Kedah untuk Sultan Sallehuddin, katanya.

Dalam pada itu, Sanusi berkata Perikatan Nasional juga sudah mencalonkan seorang calon menteri besar.

Beliau bagaimanapun enggan memberitahu siapa calon gabungan itu.