Rusia rekod 10,899 kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam

5,392 kes baru Covid-19 didaftarkan di Moscow, 1,063 di wilayah Moscow dan 354 di wilayah Nizhny Novgorod semalam. (Gambar AP)

MOSCOW: Rusia merekodkan 10,899 kes baru Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu (11,656 kes semalam), jumlah keseluruhan terkini sebanyak 232,243, lapor agensi berita Sputnik, memetik pusat tindak balas pada Selasa.

“Dalam tempoh 24 jam lalu, 10,899 kes Covid-19 didaftarkan di 83 wilayah. Daripada jumlah itu, 4,704 (atau 43.1%) kes aktif yang tidak menunjukkan gejala klinikal,” kata pusat itu dalam satu kenyataan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan 232,243 (+4.9%) di 85 wilayah di seluruh Rusia.

Semua kes baru, 5,392 didaftarkan di Moscow, 1,063 di wilayah Moscow dan 354 di wilayah Nizhny Novgorod (berbanding 6,169, 1,079 dan 291 semalam)

Angka korban pula meningkat sebanyak 107 (94 semalam) kepada 2,116 orang.

Seramai 3,711 pesakit sembuh (5,495 semalam), menjadikan jumlah keseluruhan 43,512.