Tular… Rakyat kutuk, doktor luar negara pula puji kehebatan Malaysia tangani Covid-19

Dr. Dustin Pfundheller puji Malaysia antara negara yang terbaik di dunia tangani Covid-19. (Gambar Facebook)

Kejayaan kerajaan menangani Covid-19 seharusnya mendapat pujian daripada seluruh masyarakat.

Namun masih ada yang mengutuk “frontliner” dengan bermacam-macam tuduhan.

Meskipun kita tak hargai masih ada yang puji segala usaha dan perancangan yang dilakukan oleh kerajaan sepanjang Covid-19 mula melanda negara.

Dr. Dustin Pfundheller yang merupakan seorang doktor gigi baru-baru ini memuatnaik video mengenai usaha Malaysia tangani wabak ini.

Di dalam video tersebut, Pfundheller menceritakan kronologi penularan wabak ini di Malaysia dan bagaimana usaha yang dilakukan berjaya menjadikan Malaysia antara yang terbaik di dunia.

Video tersebut kini tular di media sosial bukan sahaja di Malaysia malah turut ditonton di luar negara.

Bukan sahaja memuji usaha Malaysia, malah Pfundheller turut kesal apabila banyak pihak termasuk dirinya, terlepas pandang akan kecekapan negara ini mengawal penyebaran virus berkenaan.

“Malaysia pernah berada di tangga teratas dalam senarai jumlah jangkitan Covid-19 di Asia Tenggara. Tetapi kini jumlah pesakit semakin menurun.”

Dia juga berpendapat Malaysia adalah contoh bagaimana kita semua boleh menangani keadaan ini.

Bagaimana sebuah negara yang mempunyai kes yang banyak, melaksanakan langkah yang betul untuk mengelakkan virus daripada terus merebak.

Dia turut memuji tindakan pantas kerajaan dalam melaksanakan PKP dengan penutupan semua jalan raya, selain larangan menganjurkan program atau majlis, sekolah dan sektor perniagaan.

Pada akhir video, dia sendiri berasa kesal kerana tidak memasukkan Malaysia di dalam videonya sebelum ini mengenai senarai 15 negara terbaik dalam menangani Covid-19.

“Sejurus kita sedar pada suatu masa Malaysia pernah berada pada angka 3 kali ganda lebih teruk berbanding semua negara di Asia Tenggara dan sekarang mereka adalah antara yang terbaik, cerita mengagumkan ini perlu dikongsi.”

Video itu sehingga kini sudah mendapat lebih 876,000 tontonan dan 49,000 perkongsian di Facebook.

Ruangan komen pula dibanjiri ucapan terima kasih rakyat Malaysia yang turut sama berbangga dengan pengiktirafan masyarakat luar terhadap usaha negara mengawal penyebaran Covid-19.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]