Hanya boleh ziarah pada hari raya pertama

PUTRAJAYA: Majlis Keselamatan Negara mengumumkan kegiatan ziarah-menziarahi hanya dibolehkan pada hari pertama Aidilftri.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob menambah kegiatan ziarah terhad kepada ahli keluarga sahaja.

“Tidak boleh melebihi 20 orang pada 1 hari…tidak ada hari raya ke-2, ke-3, sampai ke hari ke-30,” katanya pada sidang media hari ini.

Jumlah maksimum 20 orang sehari ini juga perlu mengambil kira saiz kediaman masing-masing bagi memastikan penjarakkan sosial dapat diamalkan.

“Katakan rumah pangsa berukuran 600 kaki persegi – 20 orang satu masa terlalu ramai – jadi mereka boleh 5 orang sebanyak 4 kali,” katanya ketika menjawab pertanyaan pemberita.

Kawalan sama juga dikenakan bagi Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.