Jijik… Chef ludah dan letak puntung rokok dalam makanan

Puntung rokok yang ditemui dalam stew yang dipesan untuk anaknya. (Gambar Twitter)

Sesiapa sahaja yang memilih untuk makan di luar sudah pasti mahukan kelainan daripada segi rasa makanan itu yang semestinya sedap dan bersih.

Ia juga mengambil kira jika ada hiasan yang dapat membangkitkan selera sesiapa sahaja yang melihatnya.

Tapi apa yang berlaku di sebuah restoran di China ternyata mengejutkan!

Bukan sahaja makanan yang disajikan kotor malah lebih teruk terdapat puntung rokok di dalamnya.

Pelanggan yang dikenali sebagai Mr Zheng itu kemudiannya dibenarkan untuk melihat CCTV selepas menjumpai puntung rokok di dalam stew yang dipesannya.

Namun lebih mengejutkan selepas melihat rakaman CCTV itu mendapati bukan sahaja puntung rokok malah chef itu meludah ke dalam makanan yang sedang dimasaknya.

Lapor Daily Mail, chef itu dikatakan sengaja meludah di dalam makanan tersebut, namun menurut pekerja restoran, chef tersebut mengalami masalah tekak dan meludah ke lantai.

Rakaman CCTV menunjukkan chef meludah ke dalam makanan yang sedang dimasak. (Gambar Twitter)

“Dalam rakaman kamera keselamatan tersebut, anda boleh lihat dengan jelas bahawa chef tersebut menunduk untuk meludah ke dalam kuali,” kata Mr Zheng dalam postingnya di Twitter.

Mr. Zheng memberitahu pada awalnya stew yang dipesan untuk anaknya itu kurang sedap dan dihantar balik ke dapur untuk mengubah sedikit rasanya.

Namun apa yang berlaku ternyata mengecewakan apabila chef tersebut tergamak untuk bertindak pengotor sebegitu.

Pihak restoran juga seboleh-bolehnya cuba menafikan perkara itu dengan mengatakan chef tersebut meludah di tepi kuali bukan di dalam makanan yang dihidangnya.

Restoran yang berada dalam pusat membeli-belah itu kemudiannya diarahkan menutup operasi dan chef tersebut diambil tindakan.

Pihak restoran turut memohon maaf secara terbuka di sosial media, malah lesen mereka sudah ditarik dan di denda RM61,203.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]