Kaunter perkhidmatan kerajaan dibuka sepenuhnya

(Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Kabinet hari ini memutuskan semua pejabat kerajaan, terutama kaunter perkhidmatan dibuka sepenuhnya.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob pada sidang media hari ini berkata semua tatacara operasi standard seperti saringan suhu badan, penjarakkan sosial, dan menyediakan pensanitasi tangan, hendaklah dipatuhi sepenuhnya.

Pejabat yang terlibat juga perlu disanitasi terlebih dahulu sebelum beroperasi.

“Kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mula beroperasi sepenuhnya bermula hari ini dan akan diikuti oleh jabatan kerajaan yang lain,” katanya.