Muka jururawat melecur gara-gara terpaksa pakai topeng dibasuh peluntur

Muka jururawat melecur teruk selepas pakai semula topeng yang dibasuh dengan peluntur. (Gambar Twitter)

Sebagai petugas kesihatan atau lebih dikenali sebagai “frontliner” sudah pasti mereka terdedah dengan pelbagai jenis penyakit terutamanya pada musim penyakit Covid-19 ini.

Sehubungan itu langkah-langkah keselamatan perlu diambil bagi memastikan keselamatan kakitangan yang bertugas sentiasa terjamin.

Namun apa yang berlaku terhadap seorang jururawat yang bertugas di salah sebuah hospital di Vladimir, barat Rusia sangat menyedihkan.

Dilaporkan kulit mukanya “terbakar” selepas menggunakan set perlindungan diri, PPE yang dibasuh semula menggunakan peluntur, lapor Mirror.co.uk.

Kakitangan di hospital berkenaan terpaksa menggunakan topeng hidung dan mulut yang sama berulang kali disebabkan kekurangan bekalan yang baru.

Sepatutnya topeng hanya boleh guna sekali sahaja namun tidak bagi kakitangan di hospital berkenaan.

Terpaksa menggunakan peluntur untuk memastikan tiada kuman menyebabkan jururawat, Olga Ovinnikova mengalami kesan luka seakan-akan terbakar. (Gambar Twitter)

Disebabkan terpaksa menggunakan peluntur untuk memastikan tiada kuman menyebabkan jururawat yang dikenali sebagai Olga Ovinnikova mengalami kesan luka seakan-akan terbakar kerana menggunakan topeng yang sama dibasuh itu.

Difahamkan hospital berkenaan kekurangan PPE dan memaksa semua “frontliner” menggunakan semula topeng yang dibersihkan menggunakan peluntur itu.

Bagaimanapun menurut pihak pengurusan hospital itu Emmanuil Zdanovsky, menafikan kekurangan yang dialami pihak hospital sehingga memaksa kakitangannya mencuci menggunakan peluntur.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]