Petaling kini satu-satunya zon merah Covid-19 di Selangor

Sebanyak 6,742 kes Covid-19 direkodkan di seluruh negara dengan 109 kematian.

PETALING JAYA: Petaling kini menjadi satu-satunya zon merah di Selangor selepas Gombak bertukar semula menjadi zon kuning susulan penurunan 20 kes aktif di daerah itu.

Infografik Kementerian Kesihatan hari ini menunjukkan terdapat 35 kes di Gombak berbanding 55 yang direkodkan semalam.

Namun, masih ada 61 kes aktif yang direkodkan di Petaling.

Zon merah adalah daerah di mana terdapat lebih 40 kes Covid-19 direkodkan.

Zon merah aktif lain di negara ini adalah:

– Batu, Ibu Kota, Kampung Bharu dan Sri Petaling (Kuala Lumpur)
– Kuching (Sarawak)
– Rembau dan Seremban (Negeri Sembilan)

Sementara itu, Perak tidak lagi menjadi zon hijau selepas merekodkan 2 kes baru di Manjung.

Ini bermakna kini terdapat 121 daerah zon hijau di seluruh negara dengan sifar kes aktif.

Setakat ini, sebanyak 6,742 kes Covid-19 direkodkan di seluruh negara dengan 109 kematian. Sebanyak 5,223 orang pulih sementara 1,410 masih dirawat.