Premis buat jualan murah diingatkan patuhi SOP

PUTRAJAYA: Kerajaan mengingatkan premis yang membuat jualan murah menjelang Aidilfitri patuhi tatacara operasi standard semasa tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata perniagaan akan diarah tutup jika tidak patuhi SOP.

“Akan ada pasukan khas pantau dan akan gerakkan lebih ramai untuk buat pemantauan terutama di kawasan premis yang mengadakan jualan murah,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau mengulas aduan daripada pelanggan kedai yang mengadakan jualan murah.

Ismail juga mengingatkan pelanggan supaya patuhi SOP.

“Ini untuk kesihatan mereka,” katanya.