Apa nak jadi… Konon kebal, warga AS adakan ‘Pesta Covid-19’

Warga AS berkumpul di tepi pantai dalam ‘Pesta Covid-19’ kononnya diri mereka kebal daripada virus itu. (Gambar Twitter)

Ketika penduduk di kebanyakan negara sedang menghadapi kehidupan norma baru dengan mengamalkan penjarakan sosial, memakai topeng dan sentiasa menggunakan sanitizer namun keadaan ternyata berbeza buat beberapa kawasan di Amerika Syarikat.

Warga AS di Washington dilihat bebas bergaul sesama pesakit Covid-19 dengan harapan tubuh mereka akan kebal daripada wabak ini.

Memetik laporan The Straits Times, “Pesta Covid-19” sengaja diadakan agar orang ramai tidak dijangkiti dan kebal daripada wabak ini pada masa akan datang.

Ia disahkan sendiri oleh Pengarah Kesihatan Walla Walla County, Meghan Debolt yang menyatakan terdapat 2 pesta yang berlaku dikawasan itu baru-baru ini.

Akibat daripada pesta itu, 2 daripada 20 orang yang hadir kini positif wabak berkenaan dan ini secara tak langsung mematahkan usaha yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa dan juga barisan perubatan di sana.

“Kami ingin membuka kembali komuniti kami.

Pengarah Kesihatan Walla Walla County, Meghan Debolt mengesahkannya dengan menyatakan terdapat 2 pesta yang berlaku dikawasan itu baru-baru ini. (Gambar Twitter)

“Tetapi jika komuniti kita tidak mengamalkan garis panduan jarak fizikal dan jarak sosial yang betul dan mereka dengan sengaja berusaha untuk pergi dan berhubung dengan pesakit Covid-19, ini melambatkan usaha kita untuk membuka semula kawasan ini.” kata Debolt.

Sehingga kini, Amerika Syarikat menjadi negara nombor satu jangkitan Covid-19 di dunia dan mencatatkan kes sebanyak 1,388,755 dengan lebih daripada 82 ribu kematian.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]