Kes 110: Dikatakan ditemui mati tepi jalan, sebab kematian masih disiasat

Kementerian Kesihatan mahu melihat rekod dan rakan-rakan mangsa ke-110 berkaitan Covid-19 untuk tindakan seterusnya.

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan masih sedang siasat sebab kes kematian ke-110 berkaitan Covid-19, yang dikatakan ditemui mati di tepi jalan di Rompin, Pahang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menjawab khabar angin sekitar mangsa korban ke-110 itu, yang dikatakan berjalan dari Segamat, Johor menuju ke kampung halaman di Kuala Terengganu.

“Kita akan melihat kepada rekod-rekod dan juga rakan-rakan si mati ini untuk ambil tindakan seterusnya,” katanya pada sidang media hari ini.

Mangsa, yang merupakan kes jangkitan ke-6743, merupakan seorang lelaki tempatan. Dia didapati positif Covid-19 berdasarkan ujian sampel yang diambil semasa bedah siasat.