Lazada kaut untung jual sayuran atas talian ketika PKP

Barangan runcit segar kini menjadi antara pilihan utama pembelian secara atas talian di Malaysia walaupun ia sebelum ini bukan pilihan pengguna sebelum pelaksanaan PKP.

KUALA LUMPUR: Ketika petani di Cameron Highlands membuang ratusan tan hasil pada Mac selepas pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) akibat Covid-19 menyaksikan pasar dan restoran di seluruh negara ditutup, ia memberi Alibaba peluang untuk memecahkan bidang yang sukar.

Kumpulan SA Lazada, anak syarikat Alibaba Group Holding di Asia Tenggara, membuka sebuah kedai maya untuk menghubungkan petani dengan penduduk tempatan.

Langkah itu ternyata mengejutkan gergasi e-dagang berkenaan: pelanggan membeli secara purata 1.5 tan kobis, lobak dan bayam setiap hari.

Pada hari ke-4, 3.5 tan sayuran dijual dalam masa kurang 1/2 jam. Menjelang minggu ke-3, kira-kira 70 tan dihantar dari ladang ke pintu rumah pelanggan di seluruh negara.

Barangan runcit segar kini merupakan 1 daripada 3 kategori teratas di Lazada Malaysia. Ia bukan pilihan di platform itu 3 bulan lalu.

Sebelum krisis Covid-19, Lazada hanya menyediakan pembelian barangan runcit khusus di Singapura, Thailand dan Filipina. Selepas penularan wabak itu, ia dikembangkan ke Malaysia, Vietnam dan Indonesia.

CEO Kumpulan Lazada Pierre Poignant.

Lazada mahu mengekalkan momentum itu, disokong oleh 30 pusat pengumpulan di 17 bandar di rantau ini.

“Covid-19 adalah pemangkin transformasi digital di Asia Tenggara,” kata ketua pegawai eksekutif Kumpulan Lazada, Pierre Poignant dalam satu temu bual.

“Apabila pengguna membina kebiasaan, ia tidak mudah hilang. E-dagang akan menjadi satu gaya hidup. ”

Permintaan terhadap barangan runcit segar melonjak di seluruh dunia, namun peningkatan di Malaysia membuka peluang untuk syarikat perdagangan atas talian terbesar China itu kepada pasaran yang menguntungkan selepas bertahun-tahun membina salah satu rangkaian penghantaran terbesar di rantau ini.

Sejak Mac, lebih ramai usahawan pertanian, perikanan dan perniagaan tempatan mulai memusatkan perniagaan konvensional kepada e-dagang, menurut ketua pegawai operasi Lazada Malaysia Shah Suriye Rubhen.

Pada Ramadan, di negara yang menyaksikan lebih separuh penduduknya beragama Islam, turut merangsang permintaan dan petani bertindak balas dengan mempelbagaikan barangan yang ditawarkan.

“PKS tempatan menyedari bahawa pendigiltakan perniagaan mereka adalah langkah ke depan untuk kekal bertahan dalam jangka panjang, mempelbagaikan aliran pendapatan dan pemasaran kepada ekonomi internet yang semakin berkembang,” kata Shah.

Unit Alibaba mungkin berjaya mencapai sasaran di Cameron Highlands, tetapi pasaran Asia Tenggara yang lebih besar tetap menjadi persaingan.

Lazada, yang dimulakan pada 2012 oleh Rocket Internet sebelum Alibaba menguasai sepenuhnya syarikat itu, adalah syarikat e-dagang pertama yang menyediakan perkhidmatan di 6 negara di Asia Tenggara.

Tetapi pesaing utamanya, Shopee, milik Singapore Sea Ltd, berkembang dengan agresif tahun lalu dan mengatasi Lazada sebagai laman web paling banyak dikunjungi pada 2019, menurut firma penyelidikan iPrice Group.