Sarawak larang perjalanan antara daerah semasa Hari Raya, Gawai

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak Douglas Uggah Embas berkata, polis menerima 7,943 permohonan orang ramai untuk membuat perjalanan antara daerah. Daripada jumlah itu, 7,514 diluluskan, sementara 429 permohonan ditolak.

KUCHING: Larangan ke atas perjalanan antara daerah di Sarawak akan terus dikuatkuasakan semasa sambutan Hari Raya dan Gawai yang bakal tiba.

“Kita putuskan tidak benarkan orang ramai balik kampung di daerah berlainan kerana sesetengah kawasan di Sarawak masih dikategorikan sebagai zon merah dan zon kuning.

“Kita tidak mahu virus Covid-19 menular ke zon hijau, terutama di kawasan luar bandar. Arahan ini mesti dipatuhi semua orang kecuali mereka yang mempunyai sebab kukuh untuk membuat perjalanan,” kata pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak Douglas Uggah Embas pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, setakat hari ini, polis menerima 7,943 permohonan orang ramai untuk membuat perjalanan antara daerah. Daripada jumlah itu, 7,514 diluluskan, sementara 429 permohonan ditolak.

“Aktiviti lain yang turut dilarang sempena 2 acara sambutan ialah rumah terbuka, berjabat tangan, menziarahi tanah perkuburan, tahlil dan kendur Hari Raya.

Katanya, keputusan itu dibuat bagi menjaga kepentingan rakyat.

“Kami meminta maaf kerana membuat keputusan itu. Kami menyedari perasaan orang awam terutama semasa sambutan 2 acara itu, but semua langkah perlu diambil bagi rantaian jangkitan Covid-19 berjaya diputuskan.

Uggah berkata, Sarawak berjaya meratakan keluk jangkitan Covid-19 kerana angka jangkitan baru kekal rendah sepanjang beberapa hari lepas.

“Saya harap angka kes positif di negeri ini akan kekal minimum,” katanya dengan menambah bahawa tiada kes baru Covid-19 dilaporkan di Sarawak hari ini.

Angka kematian akibat virus itu di Sarawak kekal 17 kes.