Muafakat Nasional beri sokongan penuh kepada Muhyiddin

Dalam kenyataan bersama, Setiausaha Agung Umno Annuar Musa dan PAS Takiyuddin Hassan berkata, kesemua ahli Parlimen kedua-dua parti akan memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

KUALA LUMPUR: Muafakat Nasional semalam menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Dalam satu kenyataan bersama, Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa dan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata, satu mesyuarat diadakan semalam yang dihadiri oleh kedua-dua presiden, timbalan presiden, naib presiden dan setiausaha agung kedua-dua parti.

“Selari dengan keputusan itu, semua ahli Parlimen Umno dan PAS memberikan sokongan penuh kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri Malaysia,” kata mereka dalam kenyataan di sini, malam tadi.