Polis nafi insiden pergaduhan babit anggota MPS di Selayang

Semalam tular rakaman video berdurasi 36 saat memaparkan sekumpulan individu dipercayai cuba membelasah pasukan pihak berkuasa yang dikatakan anggota MPS.

KUALA LUMPUR: Polis menafikan berlaku pergaduhan antara warga Rohingya dengan anggota Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Pasar Borong Selayang di sini, seperti yang tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Arifai Tarawe berkata pihaknya tidak menerima laporan kejadian sedemikian berlaku di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Gombak Arifai Tarawe.

“Tidak benar dan tiada kejadian berlaku di kawasan Selayang, manakala kejadian itu dipercayai berlaku di Indonesia,” katanya ringkas.

Semalam tular di media sosial, satu rakaman video berdurasi 36 saat memaparkan sekumpulan individu dipercayai cuba membelasah pasukan pihak berkuasa yang dikatakan anggota MPS.