Staf Twitter boleh terus kekal bekerja dari rumah selama mana diperlukan

Twitter umum pekerjanya akan dibenarkan bekerja dari rumah untuk selama yang diperlukan.

Ketika pandemik Covid-19 mula menular di seluruh dunia, kebanyakan syarikat mengambil keputusan untuk membenarkan para bekerja bekerja dari rumah sebagai langkah keselamatan.

Twitter menjadi antara syarikat yang terawal melaksanakan peraturan tersebut untuk pekerja mereka.

Menerusi kenyataan terbaru dari Ketua Pegawai Eksekutif, Jack Dorsey memberitahu Twitter akan membenarkan pekerjanya bekerja dari rumah untuk selama-lamanya.

Jurucakap syarikat itu mengesahkan Twitter tidak berhasrat menjadi syarikat terawal kembali ke pejabat buat masa ini.

“Kami berada dalam posisi unik untuk bertindak balas dengan cepat dan membenarkan pekerja bekerja dari rumah memandangkan kami menyokong tenaga kerja yang mampu bekerja dari mana saja.”

Beberapa bulan kebelakangan ini, syarikat itu membuktikan mereka dapat menjayakannya.

Oleh itu, sekiranya pekerja mempunyai peranan dan situasi yang membolehkan mereka bekerja dari rumah dan mereka mahu terus melakukannya selamanya, Twitter akan mewujudkannya.

Twitter menggalakkan bekerja dari rumah sejak 2 Mac dan memberi mandat kepada pekerja untuk bekerja dari rumah mulai 11 Mac.

Pekerja yang lebih suka bekerja dari jauh kini boleh melakukannya tanpa had manakala mereka yang ingin kembali ke pejabat mungkin perlu menunggu sehingga sekurang-kurangnya bulan September.

“Apabila kita memutuskan untuk membuka pejabat, itu juga tidak akan menjadi cepat seperti sebelumnya dan perlu berhati-hati.”

Sementara itu, syarikat itu juga menangguhkan hampir semua perjalanan perniagaan pekerja dan semua acara secara langsung sehingga tahun 2021.

Para pekerja turut diberikan kenaikan elaun untuk membeli barang keperluan rumah termasuk meja dan kerusi meja untuk kekal bekerja dari rumah.

Selain Twitter, beberapa syarikat gergasi yang lain seperti Google dan Facebook memperluaskan dasar kerja dari rumah ke tahun 2021.

Amazon pula memperluaskan dasar kerja dari rumah sehingga sekurang-kurangnya awal Oktober ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]