Tambahan diskaun 15% 10 hari terakhir jualan Hari Raya Jakel

Jakel menawarkan potongan harga di semua cawangan seluruh Malaysia.

Gedung jualan terbesar Jakel mengadakan promosi besar-besaran untuk 10 hari terakhir dengan tambahan diskaun sebanyak 15% lagi untuk setiap pakaian.

Menurut Pengarah Pemasaran Jakel, Azlan Abu Bakar, ini adalah pertama kali dalam sejarah gedung pakaian itu mengadakan jualan paling murah serendah RM49 jika dibandingkan dengan harga asalnya RM150.

“Kita ingin memberi semangat kepada orang ramai untuk tetap berhari raya walaupun dalam musim PKP ni, benda tak pernah berlaku dalam negara ini, kita perlu abadikan potret bersama keluarga pada pagi hari raya nanti,” katanya.

Dari segi pakaian baju Melayu, ia dilengkapi dengan kemudahan yang membuatkan si pemakai tampil lebih selesa iaitu zip di pesak dan di lengan supaya mudah untuk mengambil wudhuk.

Baju Melayu yang dijual serendah RM49 sehingga RM150 sepasang percuma samping dan butang.

Ia menampilkan pelbagai rekabentuk bagi golongan dewasa seperti koleksi Nabil, Aaron Aziz, Hairul Azreen dan banyak lagi.

Warna yang ditampilkan pada tahun ini pula lebih segar dan menjadi pilihan orang ramai seperti warna hijau merak, hitam, merah manggis, ungu, navy blue, emerald green, dusty pink, dan tiffany blue.

Selain kain ela, Jakel turut menawarkan baju siap sedondon ibu dan anak, bapa dan anak.

Selain itu, Jakel turut menyediakan kemudahan untuk set baju kurung sedondon ibu dan anak, pelbagai corak dan warna segar yang ditampilkan pada tahun ini.

Tidak ketinggalan Jakel turut menyediakan set untuk anak-anak terdiri daripada Upin dan Ipin serta Yusuf Iskandar yang ternyata mempunyai design comel dan menarik.

Dengan tawaran harga yang menarik sudah pasti pengunjung tidak melepaskan peluang untuk membelinya.

Tambah Azlan lagi, sambutan online tahun ini juga sangat menggalakkan dengan kenaikan 10 kali ganda meningkat berbanding tahun lalu.

“Ini menunjukkan orang ramai tetap mempunyai keinginan untuk berhari raya seperti biasa walaupun tidak dapat pulang ke kampung.

” Oleh itu Jakel tetap membantu mereka dengan pembelian secara online untuk mereka yang tidak berkesempatan berkunjung ke gedung kami,” ujarnya.

Kesemua tawaran ini sah sehingga sehari sebelum raya bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam. (Artikel tajaan).

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]