Kematian Covid-19 di AS melonjak 2,043 dalam 24 jam

Seorang pesakit dipindahkan ke sebuah pusat perubatan di New York pada Rabu lalu. (Gambar AP)

WASHINGTON: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat pada Jumaat melaporkan 1,412,121 kes Covid-19, peningkatan sebanyak 27,191 kes berbanding jumlah sebelumnya, dan berkata jumlah kematian meningkat sebanyak 2,043 kepada 85,990.

CDC melaporkan statistik kes Covid-19 pada 4 petang pada 14 Mei, berbanding jumlah pada hari sebelumnya.

Angka yang dilaporkan CDC tidak semestinya menggambarkan kes yang dilaporkan oleh setiap negeri.