Amaran… Pesakit Covid-19 yang pulih jangan adakan hubungan intim selama 30 hari

Kebimbangan timbul setelah virus Covid-19 ditemui pada air mani seorang lelaki yang pernah dijangkiti virus tersebut. (Gambar AP)

Sesiapa yang baru saja pulih daripada jangkitan Covid-19 tidak digalakkan untuk melakukan hubungan seksual selama 30 hari kerana bimbang virus itu boleh disebarkan melalui hubungan tersebut.

Kebimbangan timbul setelah virus Covid-19 ditemui pada air mani seorang lelaki yang pernah dijangkiti virus tersebut.

Susulan itu, seorang pakar perubatan di Jabatan Kawalan Penyakit Thailand berkata pasangan perlu menunggu selama 30 hari sebelum melakukan hubungan seksual.

Veerawat Manosutthi memetik kajian di China yang memberi amaran air mani dapat membawa virus dan orang ramai harus mengelak melakukan hubungan seks dan berciuman jika mereka dijangkiti Covid-19.

Malah, dia turut menasihatkan pasangan perlu memakai kondom semasa melakukan hubungan seksual selepas 30 hari sebagai langkah berjaga-jaga.

Saintis di China melakukan kajian terhadap 38 pesakit yang terkena virus itu dengan 15 daripadanya masih di hospital manakala 23 sudah sembuh.

Kajian mendapati bahawa 6 lelaki menghidap Sars-Cov-2, yang menyebabkan koronavirus mempunyai virus tersebut dalam air mani mereka.

Malah saintis turut berpendapat virus itu boleh hidup lebih lama daripada yang dijangkakan dan dapat disebarkan melalui hubungan seks.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]