Kreatif… Layang-layang gergasi ‘seluar dalam wanita’ dihasilkan

Neil Alcantara menghasilkan layang-layang gergasi ketika perintah berkurung. (Gambar Facebook)

Tidak dinafikan pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi menghilangkan kebosanan ketika perintah berkurung ekoran pandemik Covid-19.

Ia termasuklah bagi seorang pemuda dari Filipina yang menghasilkan sebuah layang-layang gergasi yang kelihatan seperti seluar dalam wanita sehingga menjadi viral.

Neil Alcantara, menghasilkan layang-layang itu bertujuan meraih perhatian orang ramai supaya mereka dapat tersenyum meskipun ketika perintah berkurung akibat wabak Covid-19.

Layang-layang tersebut, yang kelihatan seperti sehelai seluar besar berwarna putih dan biru, berukuran 1.5 meter dan berjaya terbang tinggi ketika Neil melepaskannya.

Ia diperbuat daripada campuran bahan plastik dan mempunyai perincian yang mengagumkan, seperti hiasan riben dan renda hitam.

Sebagai langkah-langkah keselamatan, Neil bermain layang-layang berkenaan jauh dari kawasan tiang elektrik.

Neil, yang berasal dari Kota Quezon, berkongsi mengenai karyanya itu di laman sosial Facebooknya.

Menerusi perkongsian tersebut, dia menulis mahukan melakukan sesuatu dan akhirnya ia menarik perhatian media tempatan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]