China sah 6 kes baru koronavirus, 1 di Wuhan

Wuhan, lokasi di mana wabak Covid-19 mula-mula dikesan di China, melaporkan 1 kes baru pada 18 Mei membabitkan pesakit tanpa gejala. (Gambar AP)

SHANGHAI: China melaporkan 6 kes baru Covid-19 pada 18 Mei, termasuk 1 kes di Wuhan berbanding 7 hari sebelum itu, menurut pihak berkuasa kesihatan pada Selasa.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) dalam buletin hariannya menyebut, 3 daripada 6 kes terbaru itu diimport dan dikesan di wilayah utara China berdekatan Mongolia.

Daripada 3 jangkitan baru tempatan, 2 dikesan di wilayah sempadan timur laut Jilin, yang kini dikenakan perintah sekatan separa berikutan gelombang terbaru wabak tersebut.

Pihak berkuasa kesihatan Jinlin melaporkan pada Selasa bahawa ia mengesahkan 5 kes baru pada 18 Mac, tanpa menjelaskan perbezaan angka yang dilaporkan oleh NHC.

Wuhan, lokasi di mana wabak Covid-19 mula-mula dilaporkan di China, melapporkan 1 kes baru pada 18 Mei membabitkan pesakit tanpa gejala.

Wilayah Hubei di tengah China kini menjalankan kempen saringan besar-besaran bagi mengenal pasti pembawa wabak itu yang tidak menunjukkan tanda-tanda sakit, tetapi masih mampu menjnagkiti orang lain.

Wuhan melaporkan kluster 6 kes terakhir pada 9-10 Mei.

Kes terbaru yang dilaporkan pada 18 Mei menjadikan jumlah kumulatif jangkitan virus itu di tanah besar sebanyak 82,960 kes dengan 4,634 kematian.

NHC juga melaporkan 17 kes baru koronavirus tanpa gejala pada 18 Mei, berbanding 18 sehari sebelum itu. China tidak memasukkan kes tanpa gejala dalam angka jumlah kes yang disahkan.