Penerbangan bawa pulang pelajar Sabah diteruskan esok

Pelajar IPT akan dibenar semula pulang ke Sabah mulai esok. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah hari ini mengumumkan penerbangan membawa pulang pelajar dari semenanjung dan Sarawak yang pada awalnya ditangguhkan selepas pusat kuarantin mulai penuh dibenarkan beroperasi semula esok.

Bagaimanapun, Menteri Pendidikan negeri Yusof Yacob yang membuat pengumuman itu berkata beberapa individu mungkin tidak akan kembali pada perayaan Aidilfitri dan Kaamatan.

Penerbangan yang membawa pelajar Sabah kembali ke negeri ini dihentikan semalam atas permintaan jabatan kesihatan Sabah.

Yusof berkata ia akan bermula semula esok dengan 4 penerbangan dari Kuala Lumpur dan Sarawak yang membawa 1,027 pelajar.

“Pada 21 Mei, 4 penerbangan lagi akan membawa pulang 906 pelajar. Penerbangan seterusnya dijadualkan pada 27 dan 28 Mei. Semua penerbangan masuk seterusnya akan diumumkan kemudian,” katanya.

Beliau menambah prosedur kesihatan dan katil yang terhadap di pusat kuarantin menyukarkan proses membawa pulang semua pelajar tepat pada masanya untuk Hari Raya dan Kaamatan atau pesta menuai.

Yusof berkata prosedur kesihatan yang ketat akan dikuatkuasakan sepanjang masa kerana negeri itu tidak mahu kes Covid-19 baru melibatkan pelajar.

Sebelum ini, katanya, 5 kes direkodkan melibatkan pelajar dari institusi pengajian tinggi di negeri itu.

Ia terdiri daripada 2 pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris dan 3 dari Universiti Malaysia Sabah.

“Penting bagi pelajar untuk pulang ke rumah dengan selamat dan sihat agar mereka tidak memberi kesan kepada keluarga mereka,” kata Yusof, sambil menambah beliau berharap semua pelajar akan bersabar sehingga mereka dapat pulang ke rumah.

Beliau juga berterima kasih kepada Putrajaya kerana bersetuju menjalani ujian swab kepada semua pelajar sebelum mereka dibenarkan pulang ke Sabah.