Awas 7 tanda telefon anda sedang digodam!

Hati-hati jika menggunakan wifi di tempat terbuka kerana berdepan risiko untuk digodam.

Dalam zaman yang serba moden ketika ini kita terlalu banyak bergantung pada telefon bimbit untuk menyimpan maklumat.

Sebab itu jika kita tertinggal atau hilang telefon sudah pasti kita akan jadi tak keruan.

Boleh dikatakan semua info ada di dalam telefon bimbit dari nombor telefon, emel sehinggalah urusan perbankan.

Disebabkan ia terlalu banyak menyimpan data peribadi maka telefon bimbit kita berisiko untuk dieksplotasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab atau dengan kata lain digodam.

Oleh itu sekiranya terdapat 7 tanda-tanda ini pada telefon anda terutama ketika menggunakan wifi tempat terbuka maka anda perlu berhati-hati.

1. Bateri telefon cepat habis

Setiap telefon mempunyai kapasiti bateri yang berbeza dan sebagai pengguna telefon anda pasti sudah boleh membaca hayat bateri telefon anda.

Tetapi jika tiba-tiba bateri telefon anda berkurang secara drastik dengan penggunaan yang normal kemungkinan besar kerana ada aplikasi yang tidak dikenali sedang beroperasi di sistem telefon anda.

Aplikasi tersebut kemungkinan adalah malware yang mampu mencuri data peribadi anda.

2. Telefon jadi panas tiba-tiba

Perkara ini akan terjadi jika ada aplikasi yang berjalan dalam sistem telefon.

Jika ianya terjadi, anda disarankan untuk mengambil langkah untuk melihatnya di bahagian Settings > Developer options > Running services.

Jika anda menemui aplikasi yang tak dikenali, ‘delete’ dengan segera dan elakkan memuatnaik aplikasi dari sumber yang tidak boleh dipercayai.

3. Wifi aktif dengan sendiri

Wifi anda tiba – tiba aktif ketika berada di tempat umum. Perkara ini mungkin disebabkan anda sedang diperhatikan.

Melalui Wifi umum, penggodam mudah menghantar virus dan mencuri data anda.

4. Berlaku crossline ketika membuat panggilan

Salah satu tanda telefon anda digodam ialah anda mendengar suara bising dan aneh ketika melakukan panggilan telefon.

5. Kuota internet cepat habis

Ia salah satu tanda ada aplikasi yang sedang mengirim data tanpa pengetahuan anda pemilik telefon. Awas ya!

6. Menghantar mesej pelik

Sekiranya rakan atau famili anda menerima mesej berupa emel atau Facebook yang pelik dari anda sedangkan anda tidak menghantarnya besar kemungkinan telefon anda digodam.

Begitu juga jika anda mula menerima banyak mesej yang pelik, ia juga tanda telefon anda sedang dipergunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

7. Iklan dan ‘pop up’ muncul

Ini adalah antara tanda paling nyata. Ia menandakan ada unsur luar sudah menceroboh.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]