Selepas sebulan tamat ‘lockdown’ China kembali diserang Covid-19

Seperti yang diketahui umum China merupakan negara terawal munculnya wabak Covid-19.

Bagaimanapun negara itu juga berjaya menjadi antara negara terawal mengumumkan mereka bebas daripada wabak Covid-19 serta menamatkan “lockdown”.

Siapa sangka setelah lebih sebulan menamatkan lockdown, China kembali diserang dengan wabak itu.

Menerusi laporan terbaru, 5 kes dilaporkan namun tiada kes kematian setakat ini.

Lebih menakutkan, difahamkan wabak yang menyerang China kali ini merupakan mutasi terbaru daripada wabak Covid-19 sedia ada.

Menerusi wabak terbaru ini, penyakit itu tidak lagi dijangkati sesama manusia namun merebak melalui haiwan yang mempunyai penyakit.

Kehadiran wabak terbaru Covid-19 ini sekaligus membuatkan jumlah mutasi wabak ini kepada tujuh jenis setakat ini.

Sehubungan itu China memilih untuk menjalankan lockdown di wilayah Jilin yang menempatkan lebih 100 juta penduduk setelah dilabel zon merah.

Selain itu, lebih 40,000 penduduk di wilayah itu disaring dengan ujian Covid-19 dalam usaha mengelakkan penyebaran wabak ini.

Meskipun kembali diserang wabak Covid-19, media di China melaporkan wabak ini masih boleh dicegah dan dikawal.

Melihat kepada situasi semasa, kemungkinan besar wabak Covid-19 bakal mengambil masa yang lebih panjang daripada yang dijangkakan dalam menjamin wabak ini bebas sepenuhnya seluruh dunia.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]